KEK PISANG

Tuesday, November 13, 2018

LEFTOVER ROTI CANAI MUFFIN...








LEFTOVER ROTI CANAI MUFFIN
sumber :    Fiza's Cooking
hasil :    12 biji




Bahan-Bahan :

2  keping  roti canai
4  biji  telur gred A
2  ekor  ikan sardine  ~  tin kecil  (ambil isi ikan sahaja tanpa sosnya)
3  tangkai  daun bawang
1  tangkai  cili merah
Secubit garam
1/4  cawan  keju cheddar  ~  disagat


Cara-Cara :

1.  Panaskan oven dan sapu minyak ke dalam muffin pan.  Potong roti canai dalam kepingan kecil.  Masukkan ke dalam mangkuk besar dan ketepikan seketika.

2.  Di dalam sebuah mangkuk yang lain, pukul telur dan garam dengan garfu.  Masukkan isi ikan sardine yang telah dilecek.  Masukkan juga daun bawang dan cili merah.

3.  Tuangkan telur tersebut ke dalam mangkuk berisi roti canai tadi dan kacau sehingga sebati.

4.  Akhir sekali, masukkan adunan tersebut ke dalam muffin pan dan taburkan keju di atasnya.  Bakar di dalam oven pada suhu 180'C (api atas & bawah) selama 15-20 minit atau sehingga masak.

5.  Hidangkan bersama kari, kuah dal ataupun sos cili mengikut selera anda.!!!!





No comments:

Post a Comment