RESIPI WADAI KEPENG
sumber : hazila.blogspot.com
Bahan-Bahan :
300 gm tepung pulut
4 helai daun pandan ~ dipotong kecil
1 cawan air
Secubit garam
50 gm sago biji
600 ml santan
1 helai daun pandan ~ disimpul
Sedikit garam
1/2 ketul gula melaka
150 gm gula pasir atau secukup manis yang dikehendaki
Cara-Cara :
1. Kisar daun pandan (4 helai) yang telah dipotong kecil dengan air, tapiskan dan ambil air pandan.
2. Masukkan tepung pulut dan secubit garam ke dalam bekas, tuangkan air pandan sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh seperti hendak membuat buah melaka.
3. Panaskan air di dalam periuk, ambil sedikit adunan, bulatkan dan tekan di bahagian tengah. Bila air mendidih, masukkan ke dalam periuk. Bila terapung, angkat dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk.
4. Masukkan santan, garam, gula melaka, gula pasir dan daun pandan simpul ke dalam periuk. Panaskan dengan api sederhana.
5. Bila hampir mendidih, masukkan sago biji dan wadai kepeng tadi. Biarkan seketika tetapi jangan sampai santan mendidih dan pecah minyak.
6. Bila sago biji berubah menjadi jernih, bolehlah dimatikan api. Hidangkan..!!!
No comments:
Post a Comment