ZUCCHINI BREAD
sumber : Fiza's Cooking...
Bahan A :
1/2 cawan buah-buahan kering@mixed fruit
1 cawan zucchini@timun Jepun ~ parut dengan kulitnya sekali
1/2 cawan epal hijau parut ~ kupas kulitnya terlebih dahulu (saya guna sebiji epal)
Bahan B : (diayak)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh serbuk penaik
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
Bahan C :
1/2 cawan minyak jagung (saya guna minyak masak jer)
1 cawan gula kastor
2 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanilla
Cara-Cara :
1. Panaskan oven terlebih dahulu. Sapu loyang bersaiz 5"x9" (loaf pan) dengan mentega dan ketepikan. Sementara itu, masukkan semua bahan C ke dalam mangkuk pengadun dan pukul sehingga gula hancur dan adunan berkrim.
2. Masukkan parutan zucchini dan epal dan dipukul lagi.
3. Masukkan pula bahan-bahan B sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi. Akhir sekali masukkan buah-buahan campuran dan dikaupbalik sebentar. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang disediakan.
4. Bakar selama 45 minit atau sehingga masak dengan suhu oven 180'C. Uji samada ia telah masak dengan mencucukkan lidi sate ditengah kek tersebut. Jika lidi sate tersebut bersih tanpa ada adunan yang melekat, ia telah masak dengan sempurna...
No comments:
Post a Comment