KEK YOGURT LIMAU KASTURI
sumber : Fiza's Cooking...
Bahan A :
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
110 gm mentega
100 gm gula kastor
2 biji kuning telur (saya guna gred A)
1 sudu teh kulit limau kasturi ~ disagat halus
30 ml jus limau kasturi
125 ml yogurt
Bahan B :
2 biji putih telur gred A
Secubit garam
40 gm gula kastor
Cara-Cara :
1. Panaskan oven pada suhu 170'C. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat. Ketepikan seketika.
2. Di dalam mangkuk lain, pukul mentega dan 100 gm gula kastor sehingga pucat dan gebu. Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul lagi.
3. Masukkan jus limau kasturi dan kulitnya yang disagat sambil diputar lagi.
4. Seterusnya masukkan yogurt dan tepung berselang-seli sambil dikacau sehingga bercampur menggunakan spatula.
5. Di dalam mangkuk lain, pukul putih telur sehingga berbuih dan masukkan garam serta gula kastor sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi sehingga soft peak (jika diterbalikkan mangkuk, putih telur tersebut tidak jatuh).
6. Masukkan putih telur tersebut sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung sambil dikaupbalik dengan spatula sehingga adunan bercampur sebati. Tuangkan adunan ke dalam loyang bersaiz 8 inci/9inci bulat, digris dan dialas dengan kertas minyak.
7. Bakar di dalam oven selama 35-40 minit atau sehingga masak sepenuhnya...
No comments:
Post a Comment