KEK PISANG

Monday, November 5, 2018

MILO COKLAT MUFFIN...








MILO COKLAT MUFFIN
sumber :    Fiza's Cooking...




Bahan A :

1 3/4  cawan  tepung gandum
1/4  cawan  serbuk coklat@serbuk koko
1  sudu teh  baking powder
1  sudu teh  soda bikarbonat
1/4  cawan  serbuk Milo
3/4  cawan  gula perang
1/2  sudu teh  garam halus


Bahan B :

1  cawan  susu segar,   suhu bilik
1  biji  telur gred A  ~  dipukul sedikit
1/3  cawan  minyak masak atau minyak jagung
1  sudu teh  esen vanilla
Coklat chip secukupnya


Cara-Cara :

1.  Ayak tepung gandum bersama dengan serbuk coklat, baking powder dan soda bikarbonat.  Satukan dengan serbuk Milo, gula perang dan garam halus di dalam mangkuk besar.  Kacau sehingga bercampur dan ketepikan seketika.

2.  Di dalam bekas lain, satukan susu segar, telur, esen vanilla dan minyak masak sambil dikacau sehingga sebati.

3.  Tuangkan bahan basah tadi ke dalam bahan A dan kacau rata menggunakan spatula.  Jangan terlebih kacau kerana tekstur muffin akan menjadi keras setelah dibakar.  Cukup sekadar semua bahan bercampur.

4.  Sudukan adunan ke dalam cawan muffin 3/4 penuh dan taburkan dengan coklat chip dan hirisan almond.

5.  Bakar di dalam oven selama 20 minit atau sehingga masak  (saya guna api atas bawah), sesuaikan suhu dengan oven masing-masing.  (saya guna suhu 200'C).  Setelah muffin masak, sejukkan di atas redai dan bolehlah dihidangkan...





No comments:

Post a Comment