Thursday, November 29, 2018
STEW AYAM...
RESIPI STEW AYAM
sumber : TeratakMutiaraKasih...
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam ~ potong kecil-kecil
2 biji kentang Holland ~ potong kiub
1/2 batang lobak merah ~ potong baji
2 ulas bawang putih ~ ketuk & cincang
1/2 labu bawang besar ~ cincang/dadu
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1/2 inci halia ~ mayang halus
2 helai daun bay
1 sudu besar tepung jagung atau tepung gandum
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
4 tangkai cili kering ~ digunting (suka pedas letak lebih)
1 kiub pati ayam
2 labu bawang Holland ~ belah 4 setiap satu
Minyak masak
Air
Garam & gula/serbuk perasa
Cara Memasak :
1. Panaskan 1 senduk gulai minyak masak. Masukkan ayam, goreng sekejap sehingga pucat. Angkat dan ketepikan.
2. Guna minyak yang sama (jika kurang tambahkan sedikit lagi). Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bawang besar cincang, bawang putih, halia, cili kering dan daun bay. Tumis sehingga terbit bau dan sedikit garing. Jangan lama sangat nanti pahit.
3. Kemudian masukkan tepung jagung/tepung gandum, kacau laju-laju untuk membuat proses browning. Ketika ini boleh juga dimasukkan bahan lain (lobak merah, kentang, kicap dan sos tiram).
4. Masukkan ayam (yang telah dibuat browning tadi). Kacau sebati. Masukkan air secukupnya dan kiub pati ayam.
5. Masak sehingga ayam dan sayur-sayuran empuk@lembut. Masukkan bawang besar (yang dibelah 4). Sesuaikan rasanya, tambahkan garam dan gula/serbuk perasa jika perlu. Renehkan sekejap lagi supaya kuah menjadi pekat.
6. Dah siap, tutup api. Stew ini sedap dimakan bersama roti/nasi putih...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment