Sunday, November 11, 2018
SAMBAL KERING TEMPE & BILIS...
SAMBAL KERING TEMPE & BILIS
sumber : Ilhamdapur.blogspot.my
Bahan-Bahan :
250 gm tempe ~ hiris nipis & kecil
1/3 cawan ikan bilis tanpa kepala ~ dibelah-belah
1/3 cawan cili kisar ~ rebus cili kering dulu & kisar
1 labu kecil bawang besar ungu
1 ulas bawang putih
1/4 cawan bawang goreng
Garam & gula secukup rasa
Sedikit air asam jawa
Minyak masak untuk menggoreng
Cara Memasak :
1. Tumbuk/kisar bawang besar dan bawang putih.
2. Panaskan minyak masak baru secukupnya dan goreng tempe sehingga betul-betul garing. Angkat dan toskan. Goreng sampai habis.
3. Kemudian goreng ikan bilis pula sampai garing. Angkat dan toskan.
4. Dengan minyak yang sama (tinggalkan dalam 1/4 cawan) tumis bawang yang ditumbuk/kisar sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
5. Masukkan sedikit air asam jawa, gula serta sedikit garam. Masak biar sambal benar-benar masak (kalau nampak minyak banyak sangat, sudukan keluar sedikit).
6. Kemudian masukkan tempe dan ikan bilis yang digoreng tadi, kacau biar sebati. Masukkan bawang goreng dan masak guna api kecil sambil dikacau selalu sehingga kering dan bunyi macam goreng kacang gituw sebab sambal ini rangup sikit.
7. Bila dah kering sepenuhnya, padamkan api dan terus balik-balikkan sekali sekala sehingga sambal sejuk. Bila dah sejuk sepenuhnya, barulah simpan di dalam bekas/botol kedap udara...
Labels:
Sambal & Sos
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment