KEK MARBLE BANTAL SUSU GEBU
sumber : FB@Azlina Ina Fans
Bahan-Bahan :
Cairkan marjerin Pelangi & sukat 1 cawan
5 biji telur (saya guna gred A)
1 sudu besar ovalett
1/4 cawan susu tepung (50 gm)
1/2 cawan susu pekat manis (100 gm)
3/4 cawan gula halus@gula kastor (180 gm)
5 sudu besar susu segar (30 gm)
2 cawan tepung self-raising@tepung naik sendiri * ~ ayak
1 sudu kecil serbuk vanilla * (wajib) ( * satukan )
Cara-Cara :
~ Campurkan kesemua bahan kecuali marjerin cair, mix slow speed 2 minit kemudian tukar pada high speed sampai gebu, kemudian slowkan volume mixer 2-3 saat, masukkan marjerin yang dicairkan tadi dan kacau sebati menggunakan whisk.
~ Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian yang disukai dan letakkan pewarna ceria-ceria ikut citarasa.
~ Susun sesenduk-sesenduk sampai habis, akhir sekali corakkan ikut kreativiti sendiri.
~ Panaskan oven, guna tingkat/rak bawah sekali. Masukkan loyang, bakar pada suhu 150'C - 160'C selama 1 jam@sehingga masak.
~ Bila kek dah masak, sisipkan tepi-tepi kek dan terbalikkan atas redai 2-3 minit jer, buka loyang dan keluarkan atas redai biarkan 2-3 jam baru dapat corak atas kek seperti dalam gambar di atas kalau nak buat jualan sebiji, tapi kalau nak potong-potong untuk makan sendiri, tak perlu tunggu lama.
SIAP !
No comments:
Post a Comment