KUIH TALAM GULA MERAH
sumber : Insta@cheta_78
Bahan Lapisan Bawah :
1/2 cawan gula merah siam * (plastik hijau)
1/4 cawan gula pasir *
2 1/2 cawan air * ( * masak & sejukkan )
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
1/2 sudu kecil kapur sireh ~ campur dengan 2 sudu besar air (ambil air kapur yang jernih jer)
Cara-Cara :
1. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang.
2. Gaulkan adunan dan tapiskan.
3. Tuangkan ke dalam loyang saiz 7 inci dan kukus selama 20 minit (masa memasak ikut kukusan dan ketebalan kuih masing-masing).
4. Bila dah masak cakar sedikit permukaan kuih dengan garfu.
Bahan Lapisan Atas :
1 1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung gandum (saya tambah, jika tak mau boleh skip)
Secubit garam
Cara-Cara :
1. Gaul dan tapiskan. Masakkan sedikit adunan ini sehingga naik wap saja (suam).
2. Tuangkan ke atas adunan bawah yang telah dicakarkan sedikit tadi.
3. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
4. Sejukkan dahulu baru dipotong dengan pisau plastik dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment