KEK PISANG

Friday, July 3, 2020

PANNA COTTA VANILLA









RESIPI PANNA COTTA VANILLA
sumber :    menudapozati
kredit :    Azlina Ina




Bahan-Bahan :

3  cawan  susu segar   (saya guna Dutch Lady Full Cream)
1  cawan  Dairy Whipping Cream UHT
1  sudu besar  serbuk gelatin
1/2  cawan  gula pasir   (guna 1/4 cawan jika gula halus)
1  sudu kecil  esen vanilla
3  sudu besar  air panas


Cara Penyediaan :

1.  Di dalam mangkuk kecil, campurkan serbuk gelatin bersama air panas.  Kacau sehingga serbuk gelatin betul-betul sebati.  Biarkan sebentar.

2.  Masukkan susu segar bersama gula di dalam periuk.  Panaskan sebentar sehingga terdapat buih-buih kecil di sekeliling periuk.  Kacau sehingga gula larut.

3.  Masukkan pula whipping cream dan esen vanilla.  Kacau sebentar sahaja.  Tutup api.

4.  Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam periuk.  Kacau sehingga sebati.  Tapiskan jika perlu.

5.  Tuangkan ke dalam bekas ramekin atau gelas.  Tunggu sehingga sejuk dan barulah di masukkan ke dalam peti sejuk.

6.  Sejukkan selama 5-6 jam atau semalaman sehingga Panna Cotta menjadi 'set'.  Enak dinikmati begitu sahaja atau boleh dimakan bersama filling buah-buah yang disukai  (eg. blueberry filling/strawberrry filling dll.)


No comments:

Post a Comment