KEK PISANG

Tuesday, June 30, 2020

HOKKAIDO BAKED CHEESE TART DURIAN








HOKKAIDO BAKED CHEESE
TART DURIAN
sumber :    (Insta@duniaresepi)
kredit :    azizi zamani
(hasil :   18 pcs)




Bahan Kulit Tart :

100  gm  marjerin
30  gm  gula kastor
150  gm  tepung gandum
1  biji  kuning telur gred B   (saya guna gred A)


Cara-Cara :

Kacau marjerin dan gula kastor dengan sudip kayu sehingga rata.  Masukkan kuning telur, kacau sebati.  Masukkan tepung gandum dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.  Masukkan ke dalam acuan tart dan trim bahagian atasnya sehingga kemas.  Simpan selama 15 minit di dalam peti sejuk.  Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit.  Angkat dan sejukkan dahulu sebelum di isikan dengan filling cheese.


Bahan Filling Cream Cheese :

250  gm  cream cheese   (suhu bilik)
200  gm  isi durian
40  gm  mentega
1  biji  putih telur
1  sudu teh  esen vanilla
1  biji  kuning telur   (untuk sapuan)
120  gm  Dairy Whipping Cream
60  gm  gula kastor


Cara-Cara :

1.  Satukan cream cheese, mentega, whipping cream, isi durian dan gula kastor ke dalam periuk.  Whisk di atas api perlahan sehingga licin dan tidak berketul.

2.  Tutup api, masukkan putih telur dan esen vanilla.  Kacau rata.  Kalau berketul, saya kacau pakai hand mixer dan mixer sehingga licin.

3.  Masukkan dalam plastic piping bag dan paipkan ke dalam kulit tart.  Masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit dan selepas itu sapukan dengan kuning telur.

4.  Masukkan ke dalam oven dan bakar dengan suhu 200'C selama 6 minit sehingga sedikit keperangan bahagian atas.






1 comment: