KEK PISANG

Thursday, June 11, 2020

BROWNIES BLUEBERRY CHEESE











RESEPI BROWNIES BLUEBERRY CHEESE
( Mariana Zainal )
Loyang :    8 x 8 inch




Bahan A :   Brownies 

200  gm  coklat masakan dark compound (guna Beryl's)
75  gm  butter

***  cairkan kedua-dua bahan ini secara double-boiler, dah elok cair biarkan sekejap agak-agak suam jer.


Bahan B :

2  biji  telur gred A
80  gm  gula perang


***  satukan kedua-dua bahan ini, kacau menggunakan whisk sehingga gula betul-betul larut.


Bahan C :

50  gm  tepung self-raising@tepung naik sendiri
15  gm  serbuk koko@coklat


***  ayak kedua-dua bahan ini.


Cara-Cara :

Satukan Bahan A dan Bahan B, kacau sebati menggunakan whisk kemudian masukkan Bahan C, kacau lagi.
Adunan memang agak berat.  Kacau jer sebati.
Lapik baking paper dalam loyang bersaiz 8x8 inci, kertas baking lebihkan daripada loyang untuk mudah keluarkan nanti.
Masukkan adunan, ratakan, nak tabur badam pun boleh.
Panaskan oven Suhu 160'C selama 10 minit api atas dan bawah.
Bakar brownies selama 30 minit.  Sambil-sambil tu siapkan adunan/bahan cheese.


Bahan Cheese :

250  gm  cream cheese   ~  suhu bilik
80  gm  gula kastor
1  biji  telur gred A
2  sudu besar  tepung gandum


Bahan Lain :   Blueberry filling atau ikut citarasa


Cara-Cara :

Pukul cheese dan gula kastor sehingga kembang.  Masukkan telur pukul lagi kemudian masukkan tepung, pukul sebati.
Bila brownies dah masak, bolehlah dituangkan bahan cheese di atas brownies tu tadi, ratakan, drizzlekan filling blueberry atau dot-dotkan, selepas itu lorek menggunakan lidi sate dan bakar lagi selama 18 minit.   
SIAP !



No comments:

Post a Comment