RED VELVET CHEESE TART
rujukan : FB@Aini Bte Madon
yields : 75 keping...
Bahan Crust :
180 gm butter
3 sudu makan gula icing
1 biji telur gred A/B
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
3 sudu makan serbuk Milo/serbuk coklat
Sedikit pewarna merah
270-290 gm tepung gandum
Cara-Cara :
1. Panaskan oven pada suhu 170'C.
2. Pukul butter dan gula icing sekejap saja dengan senduk kayu atau whisk tangan.
3. Masukkan telur dan esen vanilla lalu dikacau rata. Masukkan cuka masakan dan kacau rata.
4. Masukkan pewarna merah secukupnya dan kacau hingga sebati. Masukkan serbuk Milo/serbuk coklat dan kacau lagi hingga sebati. (saya guna serbuk koko).
5. Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tapak tangan (tidak perlu habiskan tepung jika adunan sudah tidak melekat di tangan). Balut dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk selama 15 minit.
6. Ambil sedikit doh dan tekankan ke dalam acuan tart. Buat sampai habis. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dulu selama 15-25 minit atau hingga masak. (Ia mudah tertanggal dari acuan bila sudah masak).
7. Jangan tutup oven, sebab selepas letakkan adunan cheese@filling, akan dibakar lagi.
Bahan Cheese Filling :
250 gm cream cheese ~ keluarkan dari peti sejuk 1 jam pada suhu bilik
4 sudu makan gula icing
1 biji telur gred A/B
1/2 sudu teh perahan air lemon
Nutella/jem strawberry@strawberry filling ~ masukkan ke dalam piping bag
Cara-Cara :
1. Pukul cream cheese dan gula icing hingga lembut. Masukkan telur dan perahan air lemon, pukul lagi hingga licin dan rata. Masukkan ke dalam piping bag.
2. Susun crust yang dah masak tadi ke dalam loyang pembakar. Ketepikan 3-5 biji crust. Ramaskan ke dalam mangkuk kecil hingga hancur (untuk ditaburkan di atas cheese filling sebelum dibakar).
3. Picitkan sedikit filling ke dalam kulit crust. Kemudian picitkan pula adunan cheese hingga penuh.
4. Ambil sedikit crust yang telah dihancurkan tadi dan taburkan di atas cheese.
5. Bakar selama 8-10 minit dengan suhu yang sama. Jika terlebih masa membakar,permukaan cheese akan retak...
No comments:
Post a Comment