KEK PISANG

Wednesday, January 10, 2018

ROTI JALA LEMBUT...









ROTI JALA KEKAL LEMBUT
HINGGA KE PETANG
rujukan :    Azie Kitchen...



Bahan-Bahan :

3  cawan  tepung gandum
2 1/2  sudu besar  minyak masak
1  sudu teh  garam
1  biji  telur gred A/B
3  cawan  air/santan/susu segar  (saya guna air dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning


Cara-Cara :

1.  Blendkan semua bahan di atas sehingga sebati.  Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk adunan ke dalam acuan.  Kalau keluarnya tidak putus-putus maknanya dah boleh dijala menggunakan kuali non-stick.  Kalau pekat tambahkan air lagi sehingga boleh dijala.

2.  Selepas jala di atas kuali, biarkan dalam beberapa saat.  Kalau dah masak tak payah dibalikkan, teruskan saja diangkat dan digulung/dilipat.

3.  Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kari ayam atau ayam masak kuzi.  Sesuai untuk 'open house' sebab walaupun sampai ke petang, roti jala ni tetap lembut seperti baru dimasak...

No comments:

Post a Comment