KEK PISANG

Monday, January 15, 2018

AYAM MASAK TOMYAM...







AYAM MASAK TOMYAM
sumber :   Majalah SAJI Januari 2018...



Bahan-Bahan :

4  keping  dada ayam  ~  hiris nipis
2  sudu besar  pes tomyam
3  sudu kecil  sos ikan
1  biji  tomato  ~  potong dadu
3  sudu besar  jus limau kasturi
3  tangkai  daun kesum
3  ulas  bawang putih  ~  hiris nipis
4  tangkai  daun bawang  ~  hiris
2  tangkai  cili merah  ~  hiris
250  gm  kacang pis  (ganti dengan 1/2 batang celery ~  hiris nipis)
Minyak masak untuk menumis


Cara Memasak :

1.  Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang putih dan cili merah sehingga wangi.
2.  Masukkan ayam, kacau sehingga ayam bertukar warna keperangan.
3.  Kemudian masukkan pes tomyam, sos ikan, jus limau kasturi dan sedikit air.  Kacau rata.
4.  Selepas itu, masukkan kacang pis atau celery dan kacau rata.  Jika perlu tambahkan air.
5.  Kemudian masukkan tomato, daun kesum dan daun bawang.  Kacau sebati dan bolehlah dihidangkan...




No comments:

Post a Comment