KEK PISANG

Sunday, January 28, 2018

MANGO PANNA COTTA...







MANGO PANNA COTTA
rujukan :    secubitgaramnor67.com



Bahan-Bahan :

2  cawan  susu segar@fresh milk
1/2  cawan  whipping cream
2  sudu teh  serbuk gelatin Halagel
3  sudu besar  air panas
1/4  cawan  gula pasir@secukup rasa
1  sudu teh  esen vanilla


Bahan Puri Mangga :

1  biji  mangga masak
2-3  sudu teh  gula pasir
1  sudu teh  perahan limau/lemon


Cara-Cara :

Masukkan gelatin ke dalam air panas, kacau dan biarkan ia mengembang.
Masak susu segar, whipping cream dan gula pasir dengan api sederhana sehingga kelihatan buih-buih kecil di tepi periuk.  Jangan biarkan mendidih.
Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan esen vanilla, kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
Tuangkan ke dalam ramekin atau gelas yang sesuai.
Sejukkan di dalam peti ais lebih kurang 5-6 jam atau semalaman.
Sementara itu bolehlah disediakan puree mangga.
Blend/kisar buah mangga sehingga halus kemudian masukkan gula pasir dan perahan limau/lemon.
Kacau sehingga sebati dan gula larut.  Sejukkan di dalam peti ais sebelum menghidang. 
Untuk menghidang :  Tuangkan puree mangga ke atas panna cotta tadi.
Sedia untuk dinikmati...

INFO :    Boleh juga dinikmati bersama puree lain sepeti blueberry, strawberry, kiwi dll...






No comments:

Post a Comment