KEK PISANG

Saturday, January 20, 2018

IKAN MASAK MASAM MANIS...









IKAN MASAK MASAM MANIS




Bahan-Bahan :

1  ekor  ikan siakap  ~  dicuci bersih & toskan
1  biji  bawang besar  ~  dihiris kasar
3  ulas  bawang putih  ~  dihiris
1  cm  halia  ~  dihiris
2  biji  cili merah  ~  dihiris
1/4  biji  capsicum hijau  ~  dihiris memanjang
1  pokok  daun bawang
4  biji  cendawan butang  ~  dihiris
Garam & gula secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit
Minyak masak


Bahan Sos :

5  sudu besar  sos tomato
3  sudu besar  sos cili
1  sudu besar  sos tiram
1/2  cawan  air


Cara Memasak :

1.  Ikan dilumur dengan garam dan serbuk kunyit.  Gorengkan hingga garing.
2.  Terbalikkan kedua-dua bahagian supaya masak rata.  Kemudian ketepikan.
3.  Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia.
4.  Apabila wangi, masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan air.  Kacau rata.
5.  Masukkan juga cili merah, capsicum hijau, cendawan butang, garam (sekiranya perlu) dan gula.
6.  Apabila kuah pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digoreng tadi.
7.  Taburkan daun bawang dan sedia dihidangkan...

No comments:

Post a Comment