Monday, January 22, 2018
SAMBAL KERING KENTANG & IKAN BILIS...
RESIPI SAMBAL KERING KENTANG
DAN IKAN BILIS
rujukan : iresipi.com...
Bahan-Bahan :
4 biji kentang
1 mangkuk ikan bilis
3 ulas bawang merah ~ hiris nipis
2 ulas bawang putih ~ hiris nipis
1 sudu kecil sos tiram
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
Gula secukup rasa
Sedikit garam (untuk digaul bersama kentang)
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Kupas kulit kentang dan hiris nipis. Pastikan anda potong senipis yang boleh. Gaulkan kentang dengan garam dan goreng kentang di dalam minyak panas. Masukkan sekeping demi sekeping supaya tidak melekat. Goreng sehingga garing, angkat dan toskan.
2. Dalam minyak yang sama, goreng pula ikan bilis sehingga garing, angkat dan toskan.
3. Panaskan 1/2 senduk minyak masak yang baru (bukan minyak hasil gorengan ikan bilis tadi) dan goreng bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
4. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
5. Masukkan pula sos cili, gula dan sos tiram, masak seketika. Apabila sudah pecah minyak dan sedikit kering, masukkan ikan bilis dan kentang goreng. Kacau seketika supaya sebati. Angkat dan sejukkan. Sedia dihidangkan bersama nasi panas berserta lauk sampingan yang lain...
TIPS : Sambal harus dilebihkan gula supaya apabila sejuk nanti, sambal kering akan lebih rangup. Tapi jangan terlalu manis, nanti tidak sedap pula...
Labels:
Sambal & Sos
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment