Saturday, January 20, 2018
RESIPI SAYUR CAMPUR ANEKA...
RESIPI SAYUR CAMPUR ANEKA
Bahan-Bahan :
100 gm sayur brokoli ~ dipotong-potong
1/2 batang lobak merah ~ buang kulit & hiris
1 biji terung ungu saiz kecil ~ dihiris ikut suka
4 tangkai kacang panjang ~ dipotong
5 biji cendawan butang ~ dihiris
1 tangkai cili merah ~ dihiris
1 sudu besar udang kering ~ cuci bersih, rendam seketika & toskan
1/2 biji bawang Holland ~ dihiris kasar
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar minyak masak untuk menumis
Garam & gula secukup rasa
Sedikit air (jika perlu)
Cara Memasak :
Panaskan minyak, tumis bawang Holland, bawang putih dan udang kering sehingga naik bau.
Masukkan kesemua sayur dan cendawan butang, kacau seketika. Tuangkan sos tiram dan sedikit air (jika perlu). Kacau perlahan sehingga sebati dan sayur-sayuran sedikit lembut.
Akhir sekali masukkan hirisan cili merah, kacau rata. Sesuaikan rasa, tambahkan sedikit garam dan gula secukup rasa, jika perlu.
Sedia dihidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment