RESIPI GERMAN COOKIES
Bahan-Bahan :
125 gm mentega
125 gm tepung kentang@potato starch
80 gm tepung halus/tepung gandum
40 gm gula aising ~ diayak
Secubit garam (optional)
Pewarna & perisa pilihan
Cara-Cara :
1. Satukan tepung kentang dan tepung gandum, ayak dan ketepikan. Putar mentega dan gula aising sehingga sebati, masukkan secubit garam menggunakan senduk kayu. Masukkan kedua-dua tepung tadi sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan sekejap di dalam peti sejuk (anggaran 20 minit).
2. Ambil sedikit adunan (anggaran 1/2 sudu besar) kemudian bulat-bulatkan dan susun di atas dulang pembakar. Celup garfu di dalam air dan tekan di atas bebola tadi sehingga sedikit leper dan membentuk corak.
3. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dulu pada suhu 140'C selama 15-20 minit. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara. (saya bakar menggunakan api atas bawah)...
INFO : Untuk membuat dua tone, bahagikan adunan kepada dua bahagian dan letak pewarna dan perisa pada satu bahagian dan bahagian lagi satu dibiarkan kosong. Cantumkan kedua-dua bahagian, bulat-bulatkan dan tekan dengan garfu.
No comments:
Post a Comment