KASWI PANDAN
rujukan : Chef Norzailina Nordin...
menghasil : 16 pcs, saiz besar...
Bahan-Bahan :
3/4 cawan gula pasir
1 cawan air
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1/2 sudu kecil air kapur
6 helai daun pandan, dikisar dengan 250ml air & ditapis
Kelapa parut putih secukupnya, dicampur sedikit garam & dikukus seketika (hidangan)
Cara-Cara :
1. Masak gula pasir dan air sehingga gula larut. Tapiskan dan biar sejuk.
2. Satukan tepung gandum, tepung ubi dan jus pandan.
3. Masukkan air kapur dan air gula. Apabila sebati, tapiskan.
4. Tuangkan ke dalam acuan kecil yang dilengser minyak.
5. Kukus selama 15-18 minit atau sehingga masak.
6. Hidangkan dengan kelapa parut...
No comments:
Post a Comment