KEK PISANG

Monday, January 22, 2018

MUFFIN PISANG CHOC. CHIP...









MUFFIN PISANG CHOCOLATE CHIP
rujukan :    buatoranglapo.com...



Bahan A :

2  cawan  tepung gandum
1  sudu teh  soda bikarbonate
1 1/2  sudu teh  baking powder


Bahan B :

200  gm  pisang masak  (lebih kurang 3-4 biji)
1/2  sudu teh  garam
2  biji  telur  (saya guna gred A)
1 1/3  cawan  gula perang
1/2  sudu teh  esen vanilla
1/2  cawan  minyak masak atau minyak jagung
1/3  cawan  susu segar
1/2  cawan  chocolate chip
Badam keping untuk hiasan atau apa-apa kekacang ikut suka


Cara-Cara :

1.  Campurkan semua bahan A dan ayak.  Ketepikan.

2.  Lenyekkan pisang hingga hancur dan letakkan garam.  Gaul rata.  Ketepikan.

3.  Di dalam bekas lain, pukul telur hingga kembang.  Masukkan gula perang dan esen vanilla.  Pukul lagi.

4.  Setelah adunan kembang, masukkan pisang yang dilenyek tadi dan kacau sebati.

5.  Kemudian masukkan minyak dan bahan A sedikit demi sedikit secara bersilih ganti dengan menggunakan kaedah kaupbalik menggunakan spatula.

6.  Kemudian masukkan susu segar secara kaupbalik juga.  Kacau/gaul hingga sebati.  Akhir sekali masukkan chocolate chip.  Gaul rata.

7.  Sudukan adunan ke dalam papercup (jangan terlalu penuh).  Taburkan badam keping sebagai hiasan.  (saya guna kacang walnut).

8.  Bakar pada suhu 170'C selama 20-25 minit hingga masak bergantung pada oven masing-masing...

NOTA :    Jika guna gula putih@gula kastor,kurangkan sukatan gula kepada 3/4@1 cawan sebab gula perang kurang manis berbanding gula putih...

No comments:

Post a Comment