KEK PISANG
rujukan : Azie Kitchen...
Bahan-Bahan :
4 biji pisang emas ~ dilecek (saya guna 5 biji)
1 cawan gula kastor
1 cawan minyak jagung
4 biji telur gred A/B
Bahan Ayak :
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonate
1 sudu teh baking powder
Bahan Lain :
1 sudu besar jus limau nipis (tak letak)
1 sudu teh esen vanilla
Cara-Cara :
1. Panaskan oven pada suhu 170'C. Lenser mentega pada loyang. Ketepikan. (saya guna loyang loaf pan).
2. Putar gula, telur dan minyak dalam anggaran 3-5 minit@sehingga putih. Masukkan pisang yang dilecek dan kacau rata.
3. Masukkan pula tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit. Kacau sebati dengan menggunakan spatula.
4. Masukkan esen vanilla, jus limau nipis dan gaul sebati. Tuangkan ke dalam loyang yang disediakan dan bakar selama 40-60 minit atau sehingga masak.
NOTA : Apabila permukaan atas kek telah perang, kurangkan suhu ke 150'C dan bakar selama 1 jam...
No comments:
Post a Comment