Wednesday, January 24, 2018
IKAN BAWAL MASAK KICAP PEDAS...
RESIPI IKAN BAWAL MASAK
KICAP PEDAS
rujukan : tiffinbiru@CMG...
Bahan-Bahan :
2 ekor ikan bawal hitam bersaiz sederhana
1 biji bawang besar ~ hiris bulat & leraikan
4 ulas bawang putih ~ diketuk
1 inci halia ~ hiris 3 & diketuk
1 batang leek ~ kerat pendek & rendam (saya ganti dengan celery@saderi)
1 biji cili merah ~ hiris serong memanjang
1 biji cili hijau ~ hiris serong memanjang
1 sudu besar cili kisar
1/3 sudu kecil serbuk lada sulah
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
7 sudu besar kicap lemak manis JALEN
1/4 sudu kecil cuka makan JALEN
1/2 cawan air
Garam & gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
Cara Memasak :
1. Ikan bawal di siang, cuci bersih dan kelar-kelar sedikit. Lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit kemudian goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan kurang lebih 2 sudu besar minyak masak. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bawang putih dan halia, tumiskan sehingga berbau harum. Tambahkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing. Masukkan bawang besar, leek (toskan), cili merah dan cili hijau. Kacau rata.
3. Tambahkan kicap dan air, masukkan juga cuka makan. Kacau dan masukkan serbuk lada sulah. Gaul rata dan masukkan ikan. Gaul perlahan dan masak sekejap sahaja. Sesuaikan rasanya, tutup api dan hidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment