KEK PISANG

Wednesday, January 17, 2018

ONDEH-ONDEH LABU...









ONDEH-ONDEH LABU@
BUAH MELAKA LABU
rujukan :    resipicitarasawan...



Bahan-Bahan :

1  cawan  isi labu yang telah direbus & dilecek
1 1/2  cawan  tepung pulut
1/4  sudu teh  garam
1  keping  gula Melaka  ~  dipotong kiub kecil-kecil
Kelapa parut muda yang putih + sedikit garam  (kukus sebentar)
Air secukupnya untuk merebus


Cara-Cara :

1.  Gaulkan isi labu, tepung pulut dan garam.  Uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat di jari.  (Tidak perlu menambah air kerana isi labu sudah berair).

2.  Ambil doh sebesar ibu jari, leperkan dan masukkan satu kiub gula Melaka, kemudian bulatkan kembali.

3.  Masak air secukupnya di dalam periuk sehingga mendidih, masukkan doh tadi dan tunggu sehingga doh terapung/timbul di permukaan air.

4.  Toskan/angkat dengan penapis berlubang dan golekkan di dalam parutan kelapa...sedia untuk dihidangkan...

No comments:

Post a Comment