Rempah Kari Cap O, beli di Perlis, kirim dengan anak...
KARI AYAM SEDAP
rujukan : Azie Kitchen...
Bahan-Bahan :
12 ketul ayam
2 biji kentang ~ potong 4
1 1/2 labu bawang besar saiz besar ~ hiris
6 ulas bawang putih ~ hiris
3 inci halia ~ hiris
1 keping asam gelugur
1 kotak kecil santan kotak
Air secukupnya
10 sudu besar rempah kari BABAS ~ extra chilli (saya guna Cap O yang dibeli di Perlis)
Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga ~ anggaran jer
1 pelepah daun kari
Garam & gula secukupnya
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan tumiskan rempah penumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga) bersama bawang besar, bawang putih dan halia sehingga kekuningan.
2. Kemudian masukkan rempah kari dan kacau seketika sebelum dimasukkan air supaya rempah cair. Teruskan masak dengan menggunakan api perlahan sambil terus dikacau sehingga rempah sedikit garing dan terbit minyak. Kemudian masukkan daun kari dan kentang.
3. Selepas itu, masukkan pula ayam dan masak lagi sehingga ayam kecut sebelum tambah sedikit lagi air dan biarkan mendidih.
4. Masukkan pula santan. Teruskan masak dengan api perlahan. Setelah kentang empuk, masukkan asam gelugur@asam keping, gula dan garam secukup rasa. Renihkan sehingga pecah minyak. Sesuaikan kepekatan kuah yang disukai. Jika terlebih pekat, tambahkan air panas dan masak seketika lagi.
NOTA : Kuah kari ayam pekat seperti ini sangat sedap dimakan dengan roti jala...
No comments:
Post a Comment