CHICKEN & MUSHROOM QUICHE
rujukan : FB@Aini bte Madon...
menghasilkan : 21 keping
Bahan Pastri :
250 gm tepung gandum ~ diayak
secubit garam
170 gm butter sejuk & potong kepada kepingan kecil-kecil
1 biji telur ~ dipukul perlahan (saya guna gred A)
sedikit air jika perlu
Cara-Cara :
1. Satukan tepung dan garam. Gaul dalam butter dengan cepat dengan hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti.
2. Masukkan telur, jika perlu, tambahkan air supaya doh menjadi lembut.
3. Bentukkan doh menjadi bola dan balut dengan plastik. Simpan dalam peti sejuk selama 1/2 jam.
4. Ambil sedikit doh dan tekankan ke dalam acuan tart yang sedang. Tekan-tekan dengan jari bagi kemas dan buangkan lebihan doh. Cucuk sedikit dengan garfu di dasar doh.
5. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180'C selama 15-18 minit.
6. Bila doh dah masak, biarkan ia di dalam acuannya. JANGAN dikeluarkan...
Bahan Filling :
2 keping dada ayam ~ didadu kecil-kecil
Cendawan shitake secukupnya ~ dihiris halus (saya guna 4 biji cendawan butang)
Sedikit sayur brokoli ~ dihiris kecil-kecil (saya tambah)
3 ulas bawang putih ~ dicincang
sedikit garam
sedikit serbuk lada putih
Cara-Cara :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Masukkan ayam dan goreng sehingga masak. Masukkan cendawan, brokolo, garam dan serbuk lada putih. Kacau sehingga rata dan sayur brokoli sedikit lembut. Angkat dan sejukkan.
Bahan Sos :
4 biji telur (saya guna gred A)
150 ml UHT Whipping Cream/NESTLE Cream/Cooking Cream
150 ml susu segar
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada putih
100 gm cheddar cheese ~ diparut halus
Cara-Cara :
Satukan telur, UHT whipping cream, susu segar, garam dan serbuk lada putih.
Kacau perlahan saja sehingga sebati.
Pastri yang telah dibakar dibiarkan di dalam acuannya.
Taburkan cheddar cheese di dasar pastri.
Masukkan inti.
Tuangkan adunan susu + telur sehingga penuh.
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180'C selama 25-30 minit atau sehingga permukaan quich bertukar warna coklat...
No comments:
Post a Comment