Monday, January 22, 2018
NASI AYAM HAINAN...
NASI AYAM HAINAN
rujukan : Fiza's Cooking...
Bahan-Bahan :
1 ekor ayam ~ dipotong empat
2 ulas bawang putih ~ dicincang halus
1 inci halia ~ dihiris nipis
2 kiub pati ayam
2 liter air
Garam secukup rasa
Bahan Nasi :
4 cawan beras ~ dicuci & toskan (saya rendamkan sekejap dalam 20 minit)
2 sudu besar minyak
2 biji bawang putih ~ dikisar
2 inci halia ~ dikisar
1/2 sudu besar minyak bijan
2 helai daun pandan ~ disimpul
5 cawan air rebusan ayam (saya lebihkan sedikit dalam 1/2 cawan lagi)
Bahan Sambal : (dikisar halus)
3 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1/2 inci halia
1 sudu besar jus limau nipis
1 sudu besar gula pasir
2 sudu besar sos cili
Bahan Sup :
1/2 bahagian air rebusan ayam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1 pokok daun sup ~ dihiris halus
Cara Memasak :
1. Ayam Hainan : Rebus ayam dengan bahan-bahannya dengan api sederhana dalam 30 minit. Angkat dan ketepikan.
2. Bahagi dua air rebusan ayam untuk digunakan melengkapkan sup dan nasi ayam nanti.
3. Nasi : Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan air rebusan ayam dan seterusnya masukkan beras, simpulan daun pandan dan minyak bijan. Masak seperti biasa. (saya menggunakan periuk nasi elektrik).
4. Sambal : Tuangkan kesemua bahan yang telah dikisar ke dalam periuk bersama bahan-bahan yang lain. Masak sehingga agak pekat.
5. Sup : Di dalam periuk lain, panaskan baki air rebusan ayam sehingga mendidih dan masukkan serbuk lada sulah serta daun sup. Matikan api dapur.
6. Setelah siap, hidangkan bersama daun salad, hirisan timun dan hirisan tomato sebagai pelengkap menu nasi ayam hainan ini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment