Tuesday, January 16, 2018
SAMBAL SOTONG KEMBANG...
SAMBAL SOTONG KEMBANG
rujukan : buku masakan...
Bahan-Bahan :
1 ekor sotong kembang ~ dihiris kasar
1 labu bawang besar ~ dihiris kasar
1/2 cawan jus asam jawa
3 sudu besar minyak masak
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Bahan Dikisar :
15 tangkai cili kering ~ direbus dulu hingga lembut
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil belacan ~ sekiranya suka
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar hingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan jus asam jawa dan kacau rata.
3. Masukkan sotong dan bawang besar. Kemudian kacau rata.
4. Masukkan gula dan garam secukupnya. Masakkan hingga kuah pekat.
5. Sedia dihidangkan...
Labels:
Sambal & Sos
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sedapnyer...
ReplyDelete