KEK PISANG

Wednesday, January 10, 2018

RESIPI PAJERI TERUNG...


 Gambarnya kurang jelas...




RESIPI PAJERI TERUNG
rujukan :    FB/Senangnya Masak...



Bahan-Bahan :

3  biji  terung panjang
5  ulas  bawang merah *
3  ulas  bawang putih *
1/2  inci  halia *
7  tangkai  cili kering *  ( * dikisar )
Rempah Ratus (bunga lawang, bunga cengkih, jintan putih, kulit kayu manis)
3  ulas  bawang merah  ~  dihiris
2  ulas  bawang putih  ~  dihiris
1  sudu makan  udang kering  ~  ditumbuk
2  sudu makan  rempah kari daging
2  sudu makan  kerisek
Santan secukupnya
Awam jawa secukupnya
Garam, gula melaka secukupnya


Cara Memasak :

1.  Terung dipotong dua kerana saiznya yang agak panjang dan dibelah ditengah-tengahnya tetapi jangan sampai putus.

2.  Panaskan minyak dalam kuali dan goreng terung tadi sekejap sehingga warna keperangan.  Angkat dan ketepikan.

3.  Panaskan minyak dan masukkan rempah ratus (bunga lawang, bunga cengkih, jintan putih, kulit kayu manis - ikut anggaran saja), bawang merah dan bawang putih yang dihiris dan tumiskan sehingga kekuningan.

4.  Masukkan bahan kisar dan udang kering yang ditumbuk.  Masak sehingga garing.

5.  Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.  Masak lagi sehingga pecah minyak.

6.  Kemudian masukkan santan.  Kacau rata sebelum dimasukkan garam, gula melaka dan asam jawa secukupnya.

7.  Akhir sekali masukkan kerisek dan terung yang telah digoreng tadi. Biarkan kuah masak sehingga pecah minyak.

8.  Angkat dan sedia dihidangkan...

No comments:

Post a Comment