Monday, January 8, 2018
SPAGETTI GORENG LADA HITAM BERSOSEJ...
SPAGETTI GORENG LADA HITAM BERSOSEJ
rujukan : seripayaku...
Bahan-Bahan :
250 gm spagetti ~ direbus sehingga lembut
5 batang sosej ~ dipotong serong
1/2 cawan air
Sedikit minyak masak
1 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar ~ dipotong dadu
2 ulas bawang putih ~ dihiris/dicincang
1/4 biji kobis ~ diracik/dihiris
1/4 biji capsicum merah atau hijau ~ dihiris ikut suka (saya guna capsicum merah)
Bahan Perasa :
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
4 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil serbuk pati ayam
Garam jika perlu
1/2 sudu kecil lada hitam kisar
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak lalu tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga wangi. Masukkan sosej dan air, masak dan kacau-kacau seketika.
2. Masukkan kobis dan semua bahan perasa lalu dikacau rata. Masukkan hirisan capsicum dan gaul sebati.
3. Akhir sekali masukkan spagetti yang telah direbus dan gaul sebati. Jika kurang rasa garamnya... boleh ditambah kicap cair sehingga mendapat rasa yang secukupnya. Siap untuk dihidangkan...
Labels:
Noodles/Pasta
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sedapnyer.....
ReplyDelete