Saturday, June 18, 2016
KUAH SATAY YANG SEDAP...
KUAH SATAY YANG SEDAP
sumber : Azie Kitchen ; (memang sedap & mudah)...
Bahan-Bahan :
600 gm kacang tanah - disangai dengan kulitnya sekali
5 biji bawang besar - dimayang
1/2 cawan cili kering - di kisar
1 cawan gula melaka
1 sudu besar gula pasir
1 cawan minyak Mazola
2-3 cawan air atau secukupnya
Garam secukup rasa (1/2 sudu besar garam halus)
Cara Membuat :
1. Kacang tanah mestilah cukup masak sewaktu di sangai. Di buang kulit (saya tak buang), disejukkan dan di rendam seketika sebelum di kisar. Ketika kisar di dalam blender, guna air secukupnya untuk menggerakkan blender. Jangan terlalu banyak sangat air.
2. Bawang besar di mayang, kemudian panaskan periuk dan gunakan 1 cawan minyak dan tumiskan bawang sehingga berbau wangi. Kemudian masukkan cili kering kisar dan goreng sampai naik minyak.
3. Apabila sudah naik minyak, masukkan kacang tanah yang telah di blend tadi. Kemudian masukkan sebanyak 2-3 cawan air. Biarkan mendidih.
4. Bila sudah mendidih, masukkan gula melaka dan garam secukup rasa. Kuah kacang mesti ada rasa manis sedikit.
5. Kuah satay akan menjadi pekat apabila ia sudah sejuk. Jadi, pandai-pandailah nak mengagak banyak mana air yang hendak di letak...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment