Tuesday, June 7, 2016
PENGAT NANGKA BERSAGU
PENGAT NANGKA BERSAGU
sumber : morisaid.blogspot...
Bahan-Bahan :
Lebih kurang 15-20 ulas isi nangka yang di siat-siat nipis
2 cawan gula melaka
1 cawan gula pasir
1 cawan biji sagu - direndam sehingga lembut dan ditoskan
2 helai daun pandan - disimpul
Santan pekat dari 1 biji kelapa
1 liter air
Secubit garam
Cara-Cara :
1. Masukkan air, gula melaka dan gula pasir ke dalam periuk. Masukkan juga simpulan daun pandan tadi. Masak sehingga air mendidih dan gula larut.
2. Bila gula telah larut, masukkan biji sagu dan masak sehingga kembang.
3. Kemudian masukkan santan dan juga isi nangka. Masukkan secubit garam untuk melemakkan sedikit pengat.
4. Gaul rata dan sesuaikan rasanya. Kalau kurang manis tambahkan sedikit gula. Masak sehingga agak-agak nangka lembut, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment