Sunday, June 19, 2016
KARI AYAM
KARI AYAM SEDAP
sumber : Azie Kitchen...
Bahan-Bahan :
12 ketul ayam (anggaran 1/2 ekor ayam - dipotong kecil)
2 biji ubi kentang - dipotong 4
1 1/2 labu bawang besar saiz besar - dihiris
6 ulas bawang putih - dihiris
3 inci halia - dihiris
1 asam keping
1 kotak santan kotak (saya guna 2 peket santan 200 ml setiap peket)
Air secukupnya
10 sudu besar rempah kari BABAS - extra chillies
1 pelepah daun kari
Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
Gula & garam secukupnya
Minyak untuk menumis secukupnya
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak secukupnya dan tumiskan rempah penumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga) bersama bawang besar, bawang putih dan halia sehingga kekuningan.
2. Kemudian masukkan rempah kari dan kacau seketika sebelum dimasukkan sedikit air supaya rempah cair. Teruskan memasak dengan menggunakan api perlahan sambil terus dikacau sehingga rempah sedikit garing dan terbit minyak. Kemudian masukkan daun kari dan ubi kentang.
3. Selepas itu masukkan pula ayam dan masak sehingga ayam kecut sebelum di tambah sedikit air lagi dan biarkan mendidih.
4. Masukkan santan. Teruskan memasak dengan api perlahan. Setelah kentang empuk, masukkan asam keping, gula dan garam secukup rasa. Renihkan sehingga pecah minyak. Sesuaikan rasanya dan kepekatan kuah yang disukai. Jika terlebih pekat, tambahkan air panas secukupnya dan masak lagi seketika...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment