Saturday, June 25, 2016
SAMBAL IKAN TENGGIRI
SAMBAL IKAN TENGGIRI
sumber : buku masakan...
Bahan-Bahan :
4 potong ikan tenggiri
6 biji bawang merah besar - dikisar dengan sedikit air
3 ulas bawang putih - ditumbuk
200 gm cili kisar
1/2 biji bawang merah besar - dimayang bulat
1 biji tomato - dipotong 4
Sedikit air asam jawa
Garam & gula secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng
Cara Memasak :
1. Gaul ikan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Biarkan seketika.
2. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga masak.
3. Gunakan sedikit minyak tadi dan tumis bawang putih dahulu sehingga wangi.
4. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga naik minyak.
5. Masukkan bawang kisar dan tumis sehingga garing.
6. Masukkan air asam jawa dan masukkan gula serta garam secukupnya.
7. Akhir sekali masukkan tomato, kacau sekejap dan tuangkan di atas ikan goreng tadi. (boleh juga digaul bersama ikan yang digoreng tadi sehingga sebati) dan hidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment