Wednesday, June 1, 2016
AYAM GORENG KOREA@KOREAN FRIED CHICKEN
AYAM GORENG KOREA @ KOREAN FRIED CHICKEN
sumber : citarasawan...
Bahan-Bahan :
8 ketul paha ayam atau bahagian lain
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 sudu teh soda bikarbonat
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng
Cara-Cara :
1. Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk lada hitam sehingga rata. Ketepikan.
2. Satukan tepung gandum, tepung beras dan soda bikarbonat. Ketepikan.
3. Telur dipukul ringan, ketepikan.
4. Salutkan ayam satu persatu ke dalam campuran tepung dan kemudian celup ke dalam adunan telur sehingga habis.
5. Salutkan ayam sekali lagi ke dalam campuran tepung sehingga bersalut rata kemudian gorengkan sehingga keperangan. Tos minyaknya dan ketepikan.
Bahan Sos :
3 ulas bawang putih
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar madu
2 sudu kecil gula
2 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
Bijan secukupnya - disangai
Cara-Cara :
Tumbuk bawang putih dan tumis bersama cili kisar sehingga garing. Masukkan sos tomato, sos cili, madu, gula dan garam, gaul rata.
Masukkan ayam yang di goreng tadi dan gaul bersama bahan sos sehingga bersalut rata. Masukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan dengan bijan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment