KEK PISANG

Sunday, June 12, 2016

KUIH BADAK BERENDAM









KUIH BADAK BERENDAM
Majalah RASA Mei 2016...




Bahan Doh :

250  gm  tepung pulut
350  ml   air
 1/2  sudu teh  garam
Pewarna pilihan


Bahan Inti :

200  gm  kelapa parut putih 
150  gm  gula merah/gula melaka
    1  helai  daun pandan
125  ml   air
Gula pasir secukupnya  -  jika suka


Bahan Kuah :

400  ml   santan
 1/2  sudu makan  tepung beras
 1/2  sudu teh  garam
Sedikit gula pasir  -  jika suka


Cara-Cara :

1.  Untuk menyediakan inti :  masak gula melaka dan gula pasir bersama air dan daun pandan sehingga gula larut.  Tambah jumlah air jika perlu.

2.  Masukkan kelapa parut dan kacau sehingga kering.  Ketepikan dan biarkan sejuk sebelum dibulatkan sebesar guli.

3.  Untuk kuah pula :  campur kesemua bahan kuah lalu di masak dengan api sederhana sehingga agak pekat.  Tutup api dan ketepikan seketika.

4.  Bagi menyediakan doh :  larutkan garam ke dalam air kemudian tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam tepung dan uli sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk dan tidak melekat di tangan.  Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan warnakan.

5.  Ambil sedikit doh dan leperkan.  Letakkan inti kelapa di tengahnya dan dibulatkan kembali.  Ulang proses sehingga doh habis.

6.  Didihkan air di dalam periuk dan masukkan doh yang dibulatkan tadi.  Biar sehingga timbul di permukaan air.

7.  Angkat dan toskan airnya.  Masukkan ke dalam kuah yang telah siap dimasak tadi.  Sedia untuk dinikmati.

No comments:

Post a Comment