KEK PISANG

Thursday, June 16, 2016

BISKUT MILO RANGUP


 sebelum drizzle dengan coklat cair


 selepas drizzle dengan coklat cair





BISKUT MILO RANGUP
sumber  :    Zulfaza Loves Cooking...




Bahan-Bahan :  (121 keping)

240  gm  tepung gandum
120  gm  tepung jagung
250  gm  mentega
120  gm  gula aising
  60  gm  serbuk Milo
  60  gm  serbuk badam  -  disangai seketika
    2  biji  kuning telur gred B
    1  sudu teh  esen vanilla


Bahan Hiasan :

1  biji  kuning telur
Badam cincang atau keping secukupnya
Coklat masakan secukupnya  -  cairkan dengan kaedah 'double-boiler'  -  untuk lorek atas biskut


Cara-Cara :

1.  Pukul mentega dan gula aising sehingga kembang.

2.  Masukkan kuning telur dan dipukul rata.

3.  Seterusnya masukkan esen vanilla, serbuk Milo dan serbuk badam.  Pukul lagi sehingga adunan sebati.

4.  Setelah itu masukkan tepung jagung dan di adun rata.  Kemudian masukkan pula tepung gandum sedikit demi sedikit dan digaul sehingga menjadi doh yang tidak melekat di jari/tangan.

5.  Canai doh dan terap menggunakan acuan pilihan.  Sapukan kuning telur di atas biskut dan taburkan badam cincang/keping.

6.  Bakar selama 20-25 minit pada suhu 170'C.  Apabila biskut telah masak, sejukkan seketika dan hiaskan/lorekkan dengan coklat masakan cair mengikut citarasa.

No comments:

Post a Comment