KEK PISANG

Saturday, June 18, 2016

RENDANG DAGING SIMPLE YANG SEDAP









RENDANG DAGING SIMPLE
sumber  :   Teratak Mutiara Kasih @ LinaPg...




Bahan-Bahan :

1/2  kg.  daging pejal  (saya guna daging batang pinang) ; dipotong ikut citarasa
1/2  kg.  santan pekat
   4  labu  bawang besar *
   6  ulas  bawang putih *
   6  ulas  bawang merah *
   2  inci  halia *
   2  inci  lengkuas *  ( * dikisar )
 10  batang  serai  (4 batang dikisar sementara 6 batang lagi di ketuk/titik)
 15  tangkai  cili kering  (dikisar) atau 4  sudu makan  cili giling puteri
   2  peket  kerisik  (1 peket  40 gm)
   1  sudu teh  serbuk kunyit
   1  helai  daun kunyit  -  diracik halus
   2  keping  asam gelugur/keping
Garam & gula secukupnya  (saya juga guna 1 sudu besar  gula merah)


Cara Membuat :

1.  Panaskan sedikit minyak di dalam kuali  (saya guna periuk pemanggang ajaib), tumiskan bahan kisar dan serai ketuk/titik.  Masukkan cili giling, serbuk kunyit dan gula merah.  Tumis sehingga pecah minyak.

2.  Masukkan daging, gaul sebati dengan bahan tumisan sehingga daging kecut sedikit.

3.  Masukkan santan, kerisik, asam keping dan sedikit garam  (2 sudu teh garam).

4.  Biarkan rendang mereneh sehingga pecah minyak dengan menggunakan api kecil sahaja dan periuk bertutup.  Kacau sekali sekala untuk mengelakkan rendang hangit.

5.  Bila rendang hampir masak, masukkan daun kunyit yang diracik tadi.  Sesuaikan rasanya dan tutup api.

6.  Sedia dinikmati bersama nasi putih/minyak, nasi impit dll...







No comments:

Post a Comment