Saturday, June 4, 2016
PUDING SAGU GULA MELAKA
PUDING SAGU GULA MELAKA
sumber : Azie Kitchen...
Bahan Sagu :
1 cawan biji sagu warna putih
1 liter air
1 helai daun pandan - carik & simpul
Pewarna kegemaran
Jagung manis (optional)
Cara-Cara :
1. Rendam biji sagu lebih kurang 1/2 jam atau sehingga agak kembang sedikit. Kemudian toskan airnya.
2. Didihkan air bersama daun pandan dalam periuk. Setelah mendidih, masukkan biji sagu tadi dan masak sehingga biji sagu bertukar jernih. Tutup api dan biarkan seketika.
3. Toskan biji sagu tadi dan lalukan di bawah air paip yang mengalir untuk membuang kanjinya. Titiskan pewarna kegemaran dan kacau-kacau menggunakan garfu.
4. Tuangkan ke dalam acuan pilihan kemudian masukkan ke dalam peti sejuk untuk dinginkan.
Bahan Air Gula :
1 ketul gula Melaka
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1 helai daun pandan - carik & simpul
Cara-Cara :
Satukan kesemua bahan. Masak sehingga gula larut dan pekat kemudian tapis.
Bahan Kuah Kastad :
(FB : Aneka Resipi Kuih Muih)
3 sudu besar tepung kastad
1 tin susu cair
4 cawan air
8 sudu besar gula pasir (kurangkan jika tidak suka manis)
1/2 sudu teh garam
Cara-Cara :
Campurkan kesemua bahan di atas, masak sehingga semuanya larut. Sentiasa dikacau sehingga mendidih. Tutup api dan kuah sedia digunakan untuk dihidang bersama puding sagu.
Cara Menghidang : Keluarkan sagu dari acuan, masukkan dalam mangkuk. Tuangkan air gula melaka dan susu cair/kuah kastad. Letakkan sesudu jagung manis (jika suka). Sedia untuk dinikmati sejuk.
Info : Saya buat 1/2 dari resipi bahan kuah kastad untuk resipi puding sagu seperti di atas...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment