Tuesday, June 14, 2016
BISKUT BADAM KOKO
BISKUT BADAM KOKO
sumber : balqis-resipiku.blogspot.my...
Bahan-Bahan : (92 pcs)
1 cawan marjerin/mentega (250 gm)
3/4 cawan gula halus
1/2 cawan serbuk badam (sangai sekejap)
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung ubi
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar serbuk koko
Chocolate rice secukupnya untuk hiasan
Bahan Sapuan : (dikacau sebati)
1 biji kuning telur
1 sudu teh susu cair
beberapa titis pewarna kuning
Cara-Cara :
1. Pukul marjerin/mentega bersama gula halus sehingga kembang.
2. Masukkan esen vanilla, serbuk badam dan serbuk koko, pukul sebati.
3. Masukkan tepung jagung dan tepung ubi, pukul sebati lagi.
4. Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli sebati sehingga menjadi doh yang lembut.
5. Terap dengan acuan pilihan, oles bahagian atas dengan bahan sapuan dan taburkan chocolate rice di atasnya.
6. Bakar pada suhu 170'C selama 20 minit atau sehingga masak. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara. (Over hendaklah dipanaskan 15 minit awal sebelum mula membakar)..
Labels:
Biskut/Cookies
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment