Thursday, June 16, 2016
SPAGETI BOLOGNESE
SPAGETI BOLOGNESE
sumber : Senangnya Memasak Makanan Barat - Chef Hanieliza...
Bahan-Bahan :
1 paket spageti - direbus sehingga lembut
400 gm daging kisar halus (Mincemeat)
1 tin cendawan butang - dihiris nipis
1 batang lobak merah *
1 biji capsicum hijau *
2 biji tomato muda *
2 labu bawang besar * ( * dipotong dadu )
4 sudu makan cili kisar
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 cawan sos tomato
1/2 cawan air
3 sudu makan minyak masak
1 sudu makan serbuk oregano kering
1 ulas bawang putih *
1 pokok daun parsli * ( * dicincang halus )
Garam secukup rasa
Cara Membuat :
1. Panaskan minyak kemudian tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan kacau rata sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan daging kisar dan kacau rata.
3. Masukkan sos tomato, lobak merah, capsicum, tomato, cendawan butang, garam, air dan serbuk lada hitam.
4. Kacau rata dan biarkan sehingga pecah minyak dan lobak merah lembut.
5. Tutup api, angkat dan tuangkan di atas spageti.
6. Taburkan serbuk oregano kering dan hirisan daun parsli
TIPS : Gaulkan sedikit minyak pada spageti yang sudah direbus bagi mengelakkan spageti melekat.
Labels:
Noodles/Pasta
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment