KEK PISANG

Saturday, June 11, 2016

AYAM MASAK KICAP









AYAM MASAK KICAP
Majalah RASA Jun 2016...




Bahan-Bahan :

 1/2  ekor  ayam  -  digaul garam kunyit & digoreng sehingga masak
    4  sudu besar  cili kisar
    5  sudu besar  kicap pekat
    1  biji  bawang besar  -  dimayang bulat
    2  tangkai  daun kari  -  lurutkan
    1  biji  cili merah  -  dipotong memanjang & dibuang bijinya
    1  keping  asam gelugur
250  ml   air  -  jika mahu berkuah, lebihkan air
Minyak untuk menumis
Serbuk perasa secukupnya


Bahan Kisar :

2  cm  halia
3  ulas  bawang putih
2  biji  bawang besar bersaiz sederhana


Cara Memasak :

1.  Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan kisar sehingga wangi.

2.  Masukkan cili kisar, daun kari dan tumiskan lagi sehingga terbit minyak dan agak garing.

3.  Masukkan kicap secukupnya, air, asam gelugur dan sedikit serbuk perasa.  Apabila mendidih, masukkan bawang besar, cili merah dan ayam yang digoreng tadi.

4.  Gaulkan sekata sehingga kuah menyaluti ayam dan bawang besar layu.  Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

No comments:

Post a Comment