Monday, June 13, 2016
CUCUR KEMBUNG MANIS
CUCUR KEMBUNG MANIS
sumber : citarasawan...
Bahan-Bahan :
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
3 cawan air panas (air yang mendidih)
1/2 cawan susu pekat manis
secubit garam
Cara-Cara :
1. Satukan kesemua bahan dan gaulkan sebati. Adunan menjadi doh yang melekat di tangan.
2. Biarkan doh suam dahulu supaya senang di bulat-bulatkan.
3. Basahkan tangan dengan air supaya tidak melekat, ambil doh mengikut saiz yang dikehendaki dan bulat-bulatkan.
4. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum digoreng dengan api sederhana.
5. Goreng dalam minyak yang baik, bila adunan timbul balik-balikkan dan goreng sehingga keperangan.
6. Sedia dinikmati. Enak dimakan dengan sos coklat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment