KEK PISANG

Wednesday, June 1, 2016

BOMBAY TOAST









BOMBAY TOAST
Majalah SAJI Julai 2015...




Bahan A :

    4  biji  telur
250  ml   susu segar
  50  gm  susu pekat manis  (boleh ditambah ikut citarasa)
secubit garam


Bahan B :

10  keping  roti


Bahan C :

Marjerin secukupnya


Cara-Cara :

1.  Dalam mangkuk sederhana besar, satukan kesemua bahan A.  Pukul rata guna 'hand whisk'.

2.  Panaskan kuali yang rata/leper guna api perlahan, sapukan dengan sedikit bahan C.

3.  Ambil sekeping roti, celup ke dalam adunan telur tadi (langkah 1).  Letakkan di atas kuali rata/leper yang di lengser dengan marjerin tadi.  Panggang sehingga kedua-dua bahagian bertukar warna keperangan.  Angkat dan buat yang lain sehingga habis.

4.  Hidangkan bersama serikaya, sos coklat, maple syrup dll...

No comments:

Post a Comment