Tuesday, June 28, 2016
IKAN BILIS SAMBAL BERSANTAN
IKAN BILIS SAMBAL BERSANTAN
sumber : buku masakan...
Bahan-Bahan :
100 gm ikan bilis - cuci bersih & toskan
2 sudu makan cili kering kisar
1 ulas bawang putih *
2 ulas bawang merah * ( * dikisar )
1 biji bawang besar - dihiris bulat
100 ml santan
2 cm belacan
50 ml air asam jawa
Garam & gula secukup rasa
Cara Memasak :
1. Goreng ikan bilis hingga garing. Ketepikan.
2. Tinggalkan sedikit minyak kemudian tumis bahan dikisar dan cili kering kisar hingga garing dan pecah minyak.
3. Selepas itu masukkan bawang besar. Kacau rata dan bawang sedikit layu.
4. Masukkan air asam jawa. Kacau lagi.
5. Kemudian masukkan santan, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih seketika.
6. Akhir sekali masukkan ikan bilis yang digoreng tadi. Gaul rata dan angkat.
Labels:
Sambal & Sos
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment