Saturday, June 4, 2016
SAMBAL GORENG KENTANG HOTDOG
SAMBAL GORENG KENTANG
HOTDONG BERSALUT TELUR
Bahan-Bahan :
3 biji ubi kentang - buang kulit, hiris & goreng hingga masak
3 batang hotdong - hiris & goreng seketika
1 biji bawang besar saiz sederhana - dimayang bulat & leraikan
1/2 biji lada benggala hijau - hiris memanjang
1/2 sudu makan sos tomato
1 sudu kecil cili kisar (lebihkan jika suka pedas)
1 biji telur - pukul ringan
Garam & gula secukupnya
Minyak secukupnya
Bahan Tumbuk :
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak secukupnya, gorengkan kentang dan hotdog sehinggga masak.
2. Asingkan separuh minyak dan tumiskan bahan tumbuk berserta cili kisar sehingga naik minyak. Masukkan sedikit sos tomato, kacau sebati.
3. Masukkan garam dan gula secukup rasa, kacau rata.
4. Masukkan kentang, hotdog yang digoreng tadi dan lada benggala, kacau sehingga sebati dan sayur sedikit lembut.
5. Akhir sekali curahkan telur di sekeliling kuali, biarkan seketika baru di kacau-kacau sehingga telur bersalut dan kelihatan berbintil.
6. Tutup api dan sedia dihidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment