Sunday, June 26, 2016
AYAM SOS OREN
AYAM SOS OREN
sumber : Chef Hanieliza...
Bahan A :
400 gm isi dada ayam - dipotong/dihiris memanjang/kecil
2 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 biji telur - dipukul sedikit
1 cawan tepung jagung - untuk menyalut ayam
2 ulas bawang putih - di tumbuk halus
Minyak untuk menggoreng
Bahan B :
1 cawan jus oren Sunkist
1 sudu teh serbuk pati ayam
1/2 sudu teh gula
2 sudu teh tepung jagung
2 sudu besar air
1 biji oren Sunkist - dihiris nipis
2 biji tomato - dibelah 6
1 biji cili merah - dihiris
Cara Memasak :
1. Perapkan isi ayam dengan serbuk pati ayam dan serbuk lada hitam selama 10 minit.
2. Sadur nipis ayam dengan telur kemudian dengan tepung jagung. Gorengkan ayam hingga kekuningan dan toskan. Letakkan di dalam pinggan hidangan. Ketepikan seketika.
3. Keluarkan minyak hingga tinggal 2 sudu besar di dalam kuali. (saya menggunakan kuali yang lain).
4. Tumis bawang putih hingga kekuningan, masukkan bahan B dan masak hingga mendidih.
5. Pekatkan sos dengan bancuhan tepung jagung.
6. Sendukkan sos ke atas ayam goreng tadi dan bolehlah dihidangkan. Hiaskan dengan hirisan cili merah dan oren sunkist (hiris nipis).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment