Saturday, June 25, 2016
PUDING SAGU
PUDING SAGU
buku : 'senangnya memasak puding & desert' Chef Hanieliza...
Bahan A : (Sagu)
2 cawan sagu mata ikan
5 cawan air
1 sudu teh pewarna merah
1 tin susu cair (400 ml)
1 tin buah-buahan koktel (sebagai hiasan) - jika suka
Bahan B : (Air Gula)
1 cawan gula merah/gula melaka
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
1 helai daun pandan - disimpul
Cara Membuat :
1. Didihkan air, masukkan sagu dan pewarna merah. Kacau sehingga sagu masak dan kelihatan jernih.
2. Masukkan sagu ke dalam acuan kecil/pilihan. Kemudian sejukkan.
3. Masakkan kesemua bahan B sehingga mendidih dan sedikit pekat.
4. Keluarkan sagu dari acuan dan masukkan ke dalam mangkuk kecil.
5. Tuangkan susu cair.
6. Hiaskan dengan buah-buahan koktel. Sejukkan di dalam peti sejuk.
7. Tuangkan air gula merah dan hidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment