KEK PISANG

Monday, June 27, 2016

BISKUT BEBOLA KRISTAL


 selepas dibakar & belum disalut dengan gula...








BISKUT BEBOLA KRISTAL
buku :  'Resipi Biskut & Kek' - Chef Hanieliza...




Bahan A :

250  gm  tepung gandum
125  gm  gula halus@gula kastor
125  gm  minyak sapi


Bahan B :

Pewarna merah, kuning dan hijau
Acuan kertas secukupnya
Gula halus@gula kastor secukupnya  -  untuk salut biskut


Cara Membuat :

1.  Gaulkan kesemua bahan A sehingga sebati menggunakan senduk kayu.

2.  Kemudian bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan masukkan pewarna yang berlainan seperti merah, kuning dan hijau.

3.  Bentukkan adunan seperti bebola kecil dan cantumkan ketiga-tiga warna seperti bebola besar sedikit (anggaran 1/2 sudu teh setiap bebola kecil).

4.  Susunkan di dalam loyang pembakar dan bakar pada suhu 180'C selama 20-25 minit atau sehingga masak sepenuhnya.

5.  Apabila biskut sudah sejuk, gaulkan ke dalam gula halus@gula kastor.  Masukkan ke dalam cawan kertas.

6.  Simpan di dalam bekas kedap udara.


No comments:

Post a Comment